Remaja 18 Tahun Jatuh Cinta Dan Ingin Kahwini Ayah Kandungnya

Gila..seorang remaja perempuan berusia 18 tahun bercadang untuk berkahwin dengan ayah kandungnya dan menceritakan mengenai hubungan terlarang itu dalam satu temubual dengan Science of US.

Remaja yang didentitinya dirahsiakan itu juga mahu memiliki dua anak dengan ayahnya. Dia yang berasal dari Great Lakes, Amerika Utara, bertemu kembali dengan ayah kandungnya ketika dia berusia 16 tahun iaitu kira-kira 12 tahun selepas berpisah dengan lelaki itu.

Ayah dan ibunya bertemu dalam satu pesta di sekolah. Wanita itu hamil dan dia dibesarkan oleh ibunya. Remaja itu kemudiannya menghubungi bapanya menerusi Facebook dan selepas bertemu, mereka memutuskan untuk tinggal bersama ayahnya.

Sejak itu mereka berhubungan intim dan melakukan seks.

“Alasan saya hilang keperawanan untuk ayah saya kerana saya tidak pernah merasa selesa dengan lelaki lain,” katanya. Kedua-duanya tidak menyembunyikan situasi tersebut.

“Semua orang baik dari pihak keluarga ayah dan ibu melihat kami sebagai ayah dan anak. Mereka yang tahu dia adalah ayah saya, tahu kami sudah bertunang termasuk orang tua ayah saya. Mereka melihat kami bahagia dan tak sabar melihat kami memiliki anak,” ujarnya.

Rancangan perkahwinan itu telah diatur dan remaja itu akan memberitahu ibunya selepas berpindah ke New Jersey.

“Kami pindah ke New Jersey kerana kami merasa aman di sana dan hubungan sedarah tidak haram di situ. Setelah saya tiba di sana, saya akan beritahu kepada semua orang,” jelasnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.