Penjenayah Berkali Tukar Wajah Akhirnya Ditangkap

SALAH seorang daripada pengedar dadah terbesar di Amerika Selatan, Luiz Carlos da Rocha, yang melarikan diri daripada buruan polis selama 30 tahun akhirnya berjaya ditangkap meskipun dia sudah menjalani pembedahan plastik bagi mengubah mukanya.

Luiz atau dikenali sebagai White Head, ditangkap di Mato, demikian lapor pihak berkuasa Brazil.

Penjenayah yang dianggarkan bernilai RM422 juta itu, telah menukar nama kepada Vitor Luiz de Moraes sebaik sahaja menjalani pembedahan plastik.

Namun dia yang hidup dengan bersembunyi itu berjaya juga ditangkap. Dia didakwa mengetuai rangkaian kokain dan menghasilkan dadah di hutan di Bolivia, Colombia serta Peru.

Rangkaian pengedaran dadahnya itu turut melibatkan Amerika Syarikat dan Eropah.

Dadah berkenaan akan diterbangkan dengan pesawat ringan dari makmal dadah melalui ruang udara Venezuela sebelum dihantar ke kawasan pedalaman di Brazil.

Dari situ, dadah tersebut akan dihantar melalui lori ke bandar besar Brazil dan melalui kapal laut untuk ke luar negara.

Dia dikatakan menyimpan RM556 juta harta kekayaan dalam bentuk aset dan deposit di akaun pesisir pantai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.