Pemuda Marah Permohonan Insurans RM100 Juta Ditolak Bertindak Bakar Bank

Seorang lelaki berumur 29 tahun ditahan polis selepas cuba membakar sebuah bank kerana tidak berpuas hati dengan permohonan tuntutan insurans berjumlah RM100 juta di Jalan Kundang, di sini pada pukul 8.45 malam tadi.

Suspek ditahan di rumahnya di Taman Setia Jaya, di sini selepas kelibatnya cuba membakar Alliance Bank dengan menyimbah cecair dipercayai petrol disedari orang ramai.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, siasatan awal mendapati suspek bertindakan sedemikian kerana dipercayai kecewa terhadap bank berkenaan yang tidak dapat memenuhi kehendaknya mahukan perlindungan insurans sebanyak RM100 juta.

“Menurut saksi, suspek dilihat berada di pintu hadapan bank dan sedang menyiram cecair pada pintu bank dipercayai petrol sebelum membakar kertas dan membuang ke arah cecair tersebut menyebabkan api marak.

“Suspek pernah menerima rawatan sebagai pesakit mental di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) dan kini direman selama seminggu hingga 27 Julai ini,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.