Netizen Selar Restoran Caj Servis Ikat Tepi Air 30 Sen

Netizen menyelar sebuah restoran di Hentian Rehat & Rawat (R&R), Awan Besar, Sri Petaling apabila meletakkan caj sebanyak 30 sen untuk servis ikat tepi air minuman.

Seorang pembeli yang memesan Air Limau Asam Boi berharga RM3.50 terkejut apabila mendapat resit bayaran tambahan 30 untuk servis berkenaan menjadikan harga minumannya menjadi RM3.80.

Resit bayaran itu telah dimuat naik di media sosial dan dikongsikan semula di Facebook Anafora Metafora.

Biarpun nilainya kecil, netizen rata-rata menyelar tindakan peniaga terbabit yang mengenakan caj untuk servis berkenaan.

“Laha**t..punya kedai!,”kata seorang netizen.

Malah, netizen juga menyifatkan caj tersebut tidak masuk akal itu.

Sehingga kini foto resit bayaran minuman itu masih menjadi perdebatan netizen yang masih belum berpuas hati dengan caj servis berkenaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.