Nenek Menyesal Cabul Remaja, Ingin Kahwini Mangsa

Seorang nenek yang didakwa mencabul remaja berusia 13 tahun membuat pengakuan dan penyesalannya.

Portal Indonesia, Merdeka.com melaporkan, suspek Nenek Alias Harni 61, bersedia mengahwini mangsa jika remaja itu bersedia menerimanya.

Suspek akui kerana terlanjur sayang dan rasa itu bercampur aduk. Namun adakalanya rasa normal antara anak dan ibu, ada juga sayang sebagai kekasih dan berkeinginan untuk hidup bersama.

“Sudah terlanjur sayang. Kalau dia (mangsa) mahu, saya bersedia menikah dengannya. Saya menyesal kerana sudah berbuat sebegitu (cabuli) dengan dia selama ini,” kata suspek di Mapolresta Palembang, pada Khamis.

Menurut suspek mangsa juga didakwa kerap melakukan hubungan dengan sesama jenis.

Namun, aib itu tidak diceritakan sebelum kerana kasih sayangnya kepada mangsa.

“Bukan cuma sama saya, anak-anak lain juga pernah sama dia, semuanya laki-laki,” kata dia.

Sementara itu, Kapolresta Palembang Kombes Wahyu Bintono Hari Bawono berkata, suspek dikenakan di bawah akta Undang-undang dan Perlindungan Kanak- kanak serta boleh dihukum 15 tahun penjara.

“Kita kenakan fasal pencabulan terhadap kanak-kanak di bawah umur. Suspek masih disiasat,” kata Wahyu.- SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.