Nenek Gemparkan Ramai Bila Kahwin Dengan Lembu

Seorang nenek, Kim Hang yang berusia 74 tahun, telah menggemparkan ramai apabila dia berkahwin dengan seekor lembu, yang didakwanya sebagai jelmaan suaminya yang telah meninggal dunia.

Kim yang menetap di Kemboja berkahwin dengan lembu yang berusia lima bulan. Sudah tentu perkahwinan itu menjadi bualan ramai.

Malah dalam sehari, kira-kira 100 orang mengunjungi rumahnya di Kratie itu.

“Mereka ingin melihat lembu yang dikatakan berperilaku sangat mirip seperti suamiku, Thol Khut, yang meninggal dunia lebih setahun lalu.

“Saya percaya anak lembu ini adalah suami saya kerana apa pun yang dilakukannya, sama persis dengan suami saya ketika dia masih hidup,” katanya kepada Reuters Television.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.