Najib Luang Masa Lawat Karnival Sambutan Hari Peneroka Felda

Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meluangkan masa selama kira-kira 30 minit untuk melawat karnival Sambutan Hari Peneroka Felda Kebangsaan 2017 yang diadakan di Dataran Putrajaya, bermula hari ini hingga Ahad.

Perdana Menteri tiba pada pukul 5 petang dan beliau turut melawat tapak karnival.

Dijangkakan lebih 50,000 orang akan mengunjungi Sambutan Hari Peneroka Felda atau dikenali sebagai Ekspresi Negaraku Felda Malaysia ini.

Pelbagai acara menarik diadakan termasuk konsert, futsal, zumba, pertandingan memasak dan kemunculan Upin Ipin dan Ultraman Ribut.

Sementara Najib akan merasmikan Sambutan Hari Peneroka Felda Kebangsaan 2017 pada Ahad.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.