Kejutan Kek Hari Jadi Yang Boleh Keluarkan Duit Untuk Ibu Mertua

Beijing – Satu keluarga di China menghasilkan kejutan hari jadi unik dalam bentuk sebuah kek yang boleh mengeluarkan wang.

Seorang wanita di Qingdao di wilayah Shandong berkata, kek itu adalah hadiah hari jadi untuk ibu mentuanya.

Rakaman kek berkenaan tular di media sosial negara itu dengan ramai yang memuji kepintaran penciptanya.

Dalam video itu, kek itu dilihat diletakkan di atas meja dan dikelilingi makanan lain.

Apabila butang pada kek itu ditekan, wang kertas 100 yuan (RM63) dilihat keluar dari kek itu.

Penciptanya, Ren, memberitahu wartawan, dia menghasilkan kek itu kerana mahukan hadiah lain dariyang lain untuk ibu mentuanya.

Menurutnya, menghadiahkan wang dan pakaian untuk wanita berusia sudah terlalu biasa. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.