Karnival Ekspresi Felda Negaraku Bermula Hari Ini

Karnival Ekspresi Felda Negaraku Malaysia sempena sambutan Hari Peneroka peringkat kebangsaan bermula hari ini di Dataran Putrajaya, dengan pelbagai program dan aktiviti menarik.

Antarannya aktivitinya, jualan murah, pameran serta jualan produk industri kecil dan sederhana, jualan trak makanan, program ‘Meneroka Felda Bersama Upin dan Ipin’ serta kaunter bergerak pelbagai perkhidmatan.

Pada hari pertama ini, pengisian programnya ialah khutbah Jumaat di Masjid Putra dan pertandingan futsal antara 54 Parlimen yang mempunyai tanah rancangan Felda.

Sementara itu, pada malam ini pula akan diadakan acara Felda Berselawat dan Forum Perdana bertajuk ‘Bakti Disemai, Bukti Dituai’ di pentas utama karnival.

Sehubungan itu, karnival kali ini bertemakan #KamiGenerasiFelda, #KamiSayangFelda dan #FeldaSayangKami.

Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Abdul Samad dilaporkan berkata, lebih 50,000 pengunjung dijangka hadir ke karnival itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.