Harga Minyak Kembali Jatuh Selepas Cecah Harga Tertinggi AS$50 Setong

NEW YORK – Harga minyak dunia didagangkan lebih rendah kerana kebimbangan peningkatan bekalan minyak mentah pada harga selepas harga Brent naik melebihi AS$50 setong untuk kali pertama sejak 7 Jun lalu.

Para pedagang meramalkan harga akan menampung paras semasa menjelang pertemuan hari Isnin di antara pengeluar utama OPEC dan bukan OPEC di St Petersburg, Rusia.

Pasaran sedang memerhatikan sama ada Arab Saudi, pengeluar minyak mentah terbesar di dunia, sedang menimbangkan potongan bekalan tambahan untuk mengurangkan lebihan bekalan.

Financial Times melaporkan Arab Saudis sedang mempertimbangkan pengurangan lagi, memetik laporan perunding.

Pada hari Selasa, Reuters melaporkan negara itu komited untuk bekerjasama dengan negara-negara lain untuk mengurangkan lagi stok-stok minyak selepas mengambil kira peningkatan yang mengejutkan dalam pengeluaran daripada anggota OPEC – iaitu Nigeria dan Libya.

OPEC dan sekutunya termasuk Rusia, bersetuju pada tahun lalu untuk memotong pengeluaran 1.8 juta tong sehari.

Perjanjian itu telah dilanjutkan hingga Mac 2018.

Niaga Brent didagangkan pada harga AS$49,30 setong, turun AS$0.40 sen atau 0,8 persen. Niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate jatuh AS$0.33 sen kepada AS$46.79 setong.

Dalam dagangan awal, kedua-dua petanda aras naik ke tahap tertinggi sejak 7 Jun, selepas naik dalam sesi sebelumnya dan data menunjukkan inventori minyak mentah dan minyak Amerika Syarikat jatuh mendadak minggu lalu. – MalaysiaGazette

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.