Fasha Belum Cakap Pasal Kahwin

PELAKON popular Fasha Sandha yang sebelum ini mendedahkan sedang berkawan dengan seorang lelaki mengakui mereka kini melalui fasa bahagia.

Meski belum secara terbuka berkongsi lanjut mengenai hubungan itu, Fasha, 33, selesa untuk mengatakan dia dan jejaka itu berkawan rapat.

“Tempoh perkenalan kami belum setahun. Jika sebelum ini kami sekadar bertanya khabar, sekarang dia sudah berani meluahkan rasa rindu.

“Walaupun saya tidak membalasnya, dia tahu saya juga mempunyai perasaan sama. Cuma sebagai wanita saya tak nak terlalu bercerita dan perlu jual mahal,” katanya kepada Harian Metro.

Fasha yang juga pelakon drama Lara Aishah berkata, dia dan lelaki itu belum pernah berbicara soal kahwin.

“Tak dinafikan setiap hari kami pasti berhubung dan berkomunikasi. Namun, belum sampai tahap bercakap soal kahwin.

“Pun begitu, saya puji sikapnya kerana dia sanggup menerima saya dan dua anak. Apatah lagi dia juga sukakan kanak-kanak. Itu sebab saya selesa berkawan dengannya. Namun saya tak nak bercakap lebih kerana belum tahu apa yang akan berlaku selepas ini,” katanya.-Hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.