Dua Terbunuh Dalam Gempa Bumi Di Turki dan Greek

ANKARA – Gempa bumi kuat berukuran 6.7 skala ritcher menyebabkan dua terbunuh dan beberapa cedera berhampiran destinasi pelancongan utama Turki dan Greek di Laut Aegean pada awal Jumaat, lapor AFP.

Pegawai tempatan berkata, sekurang-kurangnya dua orang meninggal dunia dan 100 cedera di pulau percutian Greek, Pulau Kos, destinasi popular terutama di kalangan pelancong British.

Sementara itu, di Bodrum, Turki, kira-kira 70 orang dimasukkan ke hospital, cedera dalam cubaan menyelamatkan diri ketika gegaran pada 1.31pagi (waktu tempatan).

Gempa bumi melebihi 6.0 magnitud adalah gempa kedua dilaporkan tahun ini. Pegawai hospital tempatan berkata, sekurang-kurangnya 100 cedera.

Ketua rantau Aegean Selatan, Yiorgos Hadjimarkou berkata, pihak berkuasa Greek menghantar helikopter untuk mengangkut mangsa yang cedera ke Pulau Rhodes untuk rawatan.

“Tumpuan utama kini adalah melindungi penduduk,” katanya kepada penyiar Greek, ERT.

Sumber polis berkata bumbung sebuah bar di Pulau Kos runtuh. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.