‘Berlakon Dengan Aaron Tak Ada Masalah’

Pelakon, Hisyam Hamid mengakui tiada masalah untuk wujudkan keserasian gandingan bersama Aaron Aziz menerusi filem Kau Yang Satu.

“Berlakon dengan Aaron tidak ada masalah kerana kami berdua sudah kenal antara satu sama lain.

“Jadi kalau bercakap mengenai keserasian, bila fikir balik benda itu kami tak perlu nak cipta kerana dalam filem tersebut saya dan Aaron adalah musuh.

“Jadi babak antara kami kebanyakannya bergaduh. Secara jujurnya saya sangat teruja apabila diberi peluang untuk berlakon bersama Aaron,” katanya, seperti memetik Astro Gempak.

Tambah Hisyam lagi, lain pula situasinya apabila bersama Izara.

“Kalau dengan Izara saya akui memang perlukan latihan.

“Bukan apa, sebab kebanyakan babak saya bersama Izara lebih kepada emosi dan satu ‘scene’ saya perlu menangis di depan Izara.

“Jadi sebelum masuk set kami akan ada sesi latihan terlebih dahulu untuk memudahkan kami mencari keserasian ketika berlakon,” ujarnya.

Filem terbitan Astro Shaw dan Global Station Sdn Bhd ini bakal menemui penonton di pawagam seluruh tanah air bermula 27 Julai ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.