Beg Angkasawan Neil Armstrong Dibida RM7.72j

NEW YORK – Sebuah beg yang digunakan angkasawan Amerika Syarikat, Neil Armstrong, untuk membawa sampel habuk dari bulan ke bumi, dibida pada harga AS$1.8 juta (RM7.72 juta) dalam satu sesi lelongan, di sini.

Bagaimanapun, pemilik baharu beg yang memenangi bidaan sempena ulang tahun ke-48 pendaratan manusia di bulan itu, tidak didedahkan.

Menurut firma lelongan Sotheby’s, kewujudan beg itu tidak disedari kerana disimpan dalam sebuah kotak di Pusat Angkasa Johnson di Houston, lapor BH.

Reuters melaporkan, tambah firma itu, ia dibeli oleh seorang individu yang membuat bidaan menerusi telefon dan enggan namanya didedahkan kepada orang ramai.

Pada awalnya, firma lelongan itu menjangkakan beg itu bakal dijual pada harga antara AS$2 juta (RM8.58 juta) dan AS$4 juta (RM17 juta).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.