Arab Saudi Tubuh Agensi Keselamatan

RIYADH – Raja Arab Saudi, Raja Salman semalam, mengeluarkan dekri bagi menubuhkan sebuah agensi keselamatan yang akan dipantau secara langsung oleh baginda, kata agensi berita Saudi Press Agency (SPA).

Menurut SPA, agensi baharu itu akan diketuai oleh Ketua Perisikan, Jeneral Abdel Aziz bin Mohammed al-Houeiriny, yang turut mengendalikan beberapa lagi jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri.

Berikutan itu, Jabatan Perisikan dan unit yang bertanggungjawab terhadap aktiviti membanteras keganasan akan diletakkan di bawah bidang kuasa agensi baharu berkenaan, lapor BH.

AFP melaporkan, selain itu, Raja Salman turut mengeluarkan beberapa lagi dekri, semalam termasuk pemecatan ketua pengawal diraja, Jeneral Hamad al-Awhaly dan melantik Jeneral Suheil al-Mutiri ke jawatan terbabit.

Baginda turut melantik Mohammed bin Abdullah al-Qweiz sebagai ketua pasaran saham Arab Saudi yang baharu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.