Album Baru Yusuf Islam Diilham Dari Syair Sufi

NEW YORK – Penyanyi dan pendakwah Britain, Yusuf Islam atau Cat Steven mendapat ilham dari penyair sufi, Yunus Emre dalam album terbaharu, See What Love Did To Me.

Menurut AFP, album keempat selepas tiga dekad mengundurkan diri dari muzik diterbitkan pada Khamis adalah single pertama dari The Laughing Apple yang akan menemui peminat pada 15 September ini.

Lagu itu banyak menonjolkan petikan gitar irama ceria lagu rakyat, ciri utama lagu beliau pada 1970-an, antaranya Wild World, Father And Son dan Peace Train, lapor BH.

Dalam satu kenyataan, Yusuf berkata, lirik lagunya memuji kuasa Ilahi dan keindahan alam.

Emre lahir pada abad ke-13 dan mempunyai pengaruh penting terhadap pembangunan Turki, menulis syair dalam bahasa Turki berbanding Arab atau Parsi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.