Achey Rasa Macam YB, 3000 Peminat Serbu Rumah Terbuka

Pelawak Achey, akui terkejut apabila rumah terbukanya yang diadakan pada malam tadi (Rabu) dihadiri lebih 3,000 orang tetamu.

Pertama kali menganjurkan rumah terbuka, Achey, 31, berkata, dia sama sekali tidak menyangka begitu ramai tetamu yang akan hadir sehingga makanan yang disediakan tidak cukup.

“Pertama sekali saya memohon maaf kepada tetamu yang tidak dapat menjamah juadah di rumah terbuka saya semalam, tetapi saya terharu kerana mereka semua tetap menunggu sehingga majlis tamat.

“Sebenarnya saya tidak sangka orang ramai macam ini kerana makanan saya sediakan untuk 1500 orang dan semuanya habis. Mujur ada keluarga dan isteri yang cekap memikirkan tentang hidangan ‘backup’, jadi mana-mana tetamu yang datang selepas pukul 9 malam, kami hidangkan sate.

“Malam ini saya rasa macam Yang Berhormat (YB) sebab ramai yang datang bertemu saya dan saya tidak dapat gambarkan perasaan seronok saya sekarang kerana sokongan yang diberikan mereka,” katanya ketawa, seperti memetik AstroGempak.

Dalam pada itu, Achey turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada para tetamu yang hadir kerana bersabar dan memahami situasi dihadapinya.

“Terima kasih saya ucapkan kepada penduduk sekitar, rakan-rakan dan sahabat media yang datang dari jauh semata-mata untuk memenuhi undangan saya.

“Saya terharu apabila ada juga yang hadir tidak kisah tentang makanan sebaliknya datang untuk sama-sama memeriahkan majlis,” ujarnya terharu.

Antara yang hadir memeriahkan majlis tersebut ialah Shahrol Shiro, Ajak Shiro, AG Kool FM, Ray Era FM, Bocil, Fikry Ibrahim dan ramai lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.