60 Peratus Lelaki Ditinggalkan Teman Wanita Kerana Tak Ada Rumah

BEIJING – CHINA . Satu kaji selidik mendapati 60 peratus lelaki ditinggalkan teman wanita kerana tidak mampu membeli rumah di China.

Menurut laporan South China Morning Post, kaji selidik tersebut dijalankan oleh sebuah laman web mencari jodoh melibatkan 165,000 individu.

Kira-kira 69 peratus dari kaum wanita mengatakan, sudah menjadi tanggungjawab lelaki atau keluarga lelaki tersebut untuk menyediakan rumah sebelum berkahwin.

Hanya 10 peratus dari kaum wanita mengatakan mereka sanggup hidup menyewa selepas berkahwin.

Kaji selidik tersebut menarik perhatian warga maya dan disokong oleh majoriti pelayar wanita di China.

“Tak ada rumah, tak ada majlis kahwin. Tiada wanita China akan terima perkahwinan (tanpa rumah) kecuali mereka cacat,” kata seorang wanita dari daerah Shenzen.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.