Mara Digital Kedua Kini Dibuka Di Shah Alam

SHAH ALAM – Bagi meluaskan penglibatan usahawan Bumiputra dalam industri ICT dan teknologi, Mara Digital kedua telah dilancarkan hari ini oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

 

Bertempat di Anggerik Mall, Shah Alam, jelas Ismail, ia akan memberi banyak pilihan kepada pelanggan untuk membeli barangan gajet selain dapat menyumbang secara langsung kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

 

“Mara Digital ini merupakan yang kedua selepas kita buka di menara mara, walaupun kita sepatutnya buka pada 26 Jun, tapi waktu tak sesuai jadi hari ini saya merasmikan Mara Digital kedua.

 

“Ini merupakan fasa pertama, untuk fasa kedua nanti syarikat telco seperti Celcom dan Maxis akan menjadikan Mara Digital sebagai tempat membayar bil,ini bermakna Mara Digital  akan menjadi pusat sehenti IT, gajet dan sebagainga,” katanya pada sidang media selepas merasmikan majlis pelancaran Mara Digital di Shah Alam, Khamis.

 

Tambahnya, cawangan Mara Digital di Johor, Melaka dan Terengganu telahpun dibincangkan dan turut menjangkakan pembukaannya pada awal tahun hadapan.

 

Mengulas lanjut pula mengenai hasil jualan Mara Digital di Menara Mara, Ismail menjelaskan yang kutipan setakat ini telah mencecah RM10 juta.

 

“Sebulan kita cecah RM1.5 juta dan ia hasil yang memberangsangkan, jadi kita akan meningkatkan lagi hasil selepas ini dimana bukan Ogos akan ada 17 booth di 1 tingkat dan kita juga telah berbincang dengan syarikat besar Samsung serta Huawei,” ujarnya. – Bnbbc

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.