Mali Isytihar Darurat Selepas Serangan Berdarah

BAMAKO – Kerajaan Mali hari ini mengisytiharkan perintah darurat di seluruh negara, sehari selepas serangan berdarah yang meragut nyawa 17 askar manakala 35 yang lain cedera.

 

Dalam satu kenyataan, kerajaan berkata perintah darurat itu akan berjalan selama 10 hari.

 

Kerajaan turut mengumumkan hari berkabung seluruh negara bermula hari ini untuk memberi penghormatan kepada mangsa yang terkorban dalam serangan pengganas di Nampala itu.

 

Mali sebelum ini diisytiharkan darurat dari April hingga 15 Julai. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.