Argentina Minta Malaysia Tangkap Bekas Menteri Luar Iran

BUENOS AIRES – Argentina meminta Singapura dan Malaysia mengekstradisi bekas menteri luar Iran Ali Akbar Velayati berhubung tuduhan terbabit dalam pengeboman sebuah pusat komuniti Yahudi di Argentina pada 1994 yang mengorbankan 85 orang.

 

Hakim penyiasat mengeluarkan permintaan itu selepas mendapati Velayati, yang dinamakan Interpol dalam senarai orang dikehendaki, kini mengadakan siri syarahan di kedua-dua negara itu, sumber memberitahu AFP.

 

Penyiasat Argentina menuduh Velayati dan empat lagi bekas pegawai Iran termasuk bekas presiden Akbar Hashemi Rafsanjani, terlibat mengarahkan serangan bom kereta pada 18 Julai, 1994 di Argentine Jewish Mutual Association di Buenos Aires.

 

Ia mendakwa mereka mengarahkan kumpulan Hizbullah di Lubnan melancarkan serangan itu yang terburuk dalam sejarah negara Amerika Selatan itu.

 

Iran menafikan penglibatannya dan berulang kali menolak permintaan Argentina supaya tertuduh memberikan keterangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.