Wanita Maut Jatuh Dari Tingkat 17 di Penang

Georgetown – Seorang wanita ditemui mati selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 17, Blok 348, Gat Lebuh Macalum di sini pagi tadi.

 

Dalam kejadian itu jam 7 pagi, Rosita Ong Abdullah, 53, ditemui orang ramai terbaring berlumuran darah akibat cedera teruk di kepala dan badan.

 

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid, berkata pemeriksaan ke atas mayat mangsa mendapati wanita itu sudah meninggal dunia, di tempat kejadian.

 

Beliau berkata, siasatan di lokasi kejadian turut menjumpai satu kerusi dan selipar dipercayai milik mangsa yang ditinggalkan di tingkat 17 bangunan berkenaan, sebelum terjun.

 

“Berdasarkan maklumat awal daripada anak saudara, mangsa sejak kebelakangan ini mengalami tekanan perasaan dan gangguan fikiran.

 

“Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengikut,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.