Video: Video Rompak Kedai Runcit, Polis Johor Buru Suspek

Kuala Lumpur – Polis sedang memburu empat suspek yang dirakam oleh kamera kerana melakukan rompakan di sebuah kedai runcit di sebuah pekan kecil di Sagil, Johor.

 

Seorang jurucakap polis mengesahkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mengenai rompakan itu kini tersebar meluas di media sosial, sebagai asli dan polis sedang menggiatkan usaha untuk menangkap suspek.

 

 

Berdasara rakaman tersebut menunjukkan salah seorang suspek yang di percayai berketuruan India masuk ke dalam kedai, dan meninggalkan satu botol di atas kaunter sebelum beredar.

 

Suspek tersebut kemudiannya memasuki semula kedai itu dengan diikuti tiga lagi rakannya.

 

Dua daripada suspek bersenjata apabila dilihat muncul bersama sama ada batang tebu atau buluh, yang mana kemudiannya mereka menggunakan untuk mengugut pasangan warga emas yang mengusahakan kedai tersebut.

 

Mereka juga dirakam menyerang seorang lelaki tua dengan batang tersebut sebelum mengarah-arah lelaki berkenaan.

 

Semasa serangan itu berlaku, salah seorang suspek kelihatan sedang mengosongkan peti wang tunai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.