SPRM Tahan Pengurus Untuk Siasatan 1MDB

Putrajaya – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pengarah syarikat bagi membantu siasatan berhubung akaun 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

 

Penahanan pengarah syarikat itu dibuat selepas Mahkamah Majistret mengeluarkan perintah untuk mereman lelaki itu.

 

Majistret Lau Eric mengeluarkan perintah untuk menahan reman lelaki berusia 39 tahun itu sehingga Jumaat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM.

 

Lelaki itu ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur malam Isnin oleh pasukan petugas khas.

 

Suspek yang memakai pakaian lokap SPRM berwarna jingga, tiba di mahkamah kira-kira 8.30 pagi. Dia diwakili peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

 

Shafee memberitahu pemberita bahawa SPRM memohon perintah tahanan reman selama tujuh hari tetapi majistret hanya membenarkan empat hari.

 

Peguam itu berkata beliau tidak tahu sebab anak guamnya ditahan tetapi diberitahu bahawa ia adalah “siasatan atas kepentingan negara”.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.