SPRM Nafi Maklumat Bocor

Kuala Lumpur – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan tulisan di blog Malaysia Today yang mendakwa punca kebocoran maklumat mengenai siasatan pasukan khas terhadap skandal 1MDB datang dari agensi berkenaan.

 

“SPRM menafikan sekeras-kerasnya dakwaan dibuat Malaysia Today,” kata kenyataan SPRM yang dibuat Pengarah Komunikasi Strategiknya, Rohaizad Yaakob semalam.

 

Portal itu pada Isnin mendakwa bekas penasihat SPRM Tan Sri Rashpal Singh Jeswant Singh membocorkan maklumat mengenai siasatan pasukan petugas khas terhadap laman sesawang Sarawak Report.

 

Menurut Rohaizad, Rashpal tidak mempunyai sebarang akses langsung kerana ketika ini beliau bukan anggota penasihat agensi antirasuah itu.

 

SPRM juga menafikan dakwaan bloger Raja Petra Kamarudin yang menuduh Rashpal diketepikan daripada badan berkenaan kerana salah laku.

 

Kata Rohaizad, Rashpal menganggotai Lembaga Penasihat Antirasuah dan tempoh perkhidmatannya berakhir pada 24 Februari lalu.

 

“Dakwaan Rashpal disingkirkan kerana salah laku tertentu sama sekali tidak benar,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.