Sarawak Report Masih Boleh Akses Menerusi Komputer Riba

Kuala Lumpur – Laman web Sarawak Report masih boleh diakses di Malaysia, kecuali daripada telefon mudah alih, walaupun Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengatakan ia disekat sejak petang Ahad.

 

Pengarah Komunikasi Strategik SKMM Sheikh Raffie Abd Rahman memberitahu The Star, laman web pemberi maklumat itu masih disekat.

 

“Ia masih disekat,” katanya sebagai berkata kepada The Star.

 

Namun tinjauan menunjukkan, walaupun laman web itu telah disekat ia masih boleh diakses melalui komputer riba dan sambungan lain.

 

Laman web tersebut boleh diakses dengan menggunakan rangkaian peribadi maya (VPN) dan media sosial, dengan beberapa rakyat Malaysia berkongsi manual dalam talian bagaimana menggunakan rangkaian tersebut memandangkan Sarawak Report kini disekat.

 

Sarawak Report juga menubuhkan satu lagi laman web di www.sarawak-report.org jika URL asal tidak boleh diakses.

 

SKMM berkata, 22 penyedia perkhidmatan Internet di negara diarahkan menyekat laman web yang berpangkalan di UK itu, yang selama ini membuat pendedahan mengenai syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan juga tuduhan yang melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

 

Pengawalselia Internet itu menyekat laman web itu pada Ahad malam dengan alasan ia menjejaskan kestabilan negara dan terdapat aduan daripada orang ramai.

 

Langkah SKMM itu dikritik pemimpin politik pembangkang dan kumpulan masyarakat sivil yang menyifatkannya satu pelanggaran kebebasan yang dijamin Perlembagaan, dan juga satu langkah sia-sia yang hanya akan terus menjatuhkan kredibiliti Putrajaya.

 

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan turut mengakui sekatan itu mungkin sia-sia kerana rakyat Malaysia boleh mencari jalan lain mengakses laman itu, tetapi katanya ia perlu dilakukan kerana kerajaan harus mempunyai “pendirian” berhubung perkara itu.

 

Media antarabangsa juga melaporkan mengenai sekatan itu, dengan The Straits Times Singapura menyatakan langkah itu memberi “amaran” kepada laman berita lain yang turut menerbitkan tuduhan terhadap 1MDB dan perdana menteri.

 

Putrajaya sebelum ini mempersalahkan Sarawak Report kerana didakwa menggunakan maklumat palsu mengenai 1MDB yang digunakan oleh media lain.

 

Sarawak Report menafikan menggunakan bukti yang diusik dan meminta pihak berkuasa menunjukkan bahagian maklumat yang didakwa dipalsukan itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.