Polis Siasat Pemilik Akaun FB ‘Papagomo Original’

Kuala Lumpur – Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menafikan perbualannya dengan blogger Papagomo menerusi aplikasi Whatsapp yang diviralkan di media sosial.

 

Dalam perbualan itu, Papagomo atau nama sebenarnya, Wan Muhammad Azri Wan Deris dikatakan berkongsi paparan skrin menunjukkan Khalid meminta rasuah sebanyak RM20,000 daripadanya untuk menyelesaikan kes penulis blog itu yang ditahan pada Selasa lalu kerana didakwa menyebarkan berita palsu tentang pergaduhan di Plaza Low Yat.

 

“Satu laporan dibuat untuk membantu siasatan dan siasatan dimulakan terhadap akaun Facebook ‘Papagomo Original’ yang didakwa memuat naik ‘paparan skrin’ perbualan antara saya bersama penulis blog itu,” kata Khalid.

 

Susulan paparan skrin tersebut satu lagi paparan skrin dimuatnaik pada petang Isnin rentetan penafian tersebut.

 

Paparan skrin yang baharu di laman sosial Facebook yang sama, ‘Papagomo Original’ dipercayai milik Wan Muhammad Azri Wan Deris turut menyatakan ia sebagai, “bukti segala kekusutan telah diselesaikan sejak semalam..”

 

Tulisnya, “Saya juga memberi ruang sepenuhnya kepada pihak #‎PDRM‬ dan KPN dalam meneruskan siasatan terhadap insiden pergaduhan di #‎Lowyat‬… saya tak akan masuk campur lagi tapi, saya akan terus menerus menentang bangsa ‪#‎Cina‬ DAPig yang semakin naik kepala dan cuba merampas tanah #‎Melayu‬.

 

“Takbir , Allahuakhbar -Papagomo.”

 

Dalam paparan skrin Whatsapp yang dikatakan merakam perbualan di antaranya dan Khalid, Azri meminta maaf atas tindakan printscreen perbualan antara mereka berdua.

 

“Saya dahpun padamkan. Minta hal ini jangan diperbesarkan boleh? Masih Hari Raya dan saya harap Tan Sri boleh maafkn kesilapan saya,” tulis paparan itu.

 

Manakala, ia didakwa dibalas oleh KPN dengan kata-kata, “Ok, tapi kamu jangan buat lagi Azri.

 

This is nation matter… deal with it or silent.”

 

Papagomo dibebaskan dari tahanan polis pada Jumaat lalu selepas dia ditahan kerana didakwa memuat naik gambar seorang mangsa rompakan warga Melayu yang cedera, di media sosial, dengan mendakwa bahawa ia sebagai mangsa pergaduhan di Plaza Low Yat.

 

Difahamkan, peguam Papagomo, Ahmad Shuaib Ismail turut membuat laporan bahawa akaun Facebook itu bukan kepunyaan penulis blog berkenaan.

 

Dia memberitahu anak guamnya tidak boleh mengemaskini Facebook kerana ketika itu dalam tahanan polis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.