Pembuli Jalan Nyaris Menyebabkan Sekeluarga Kemalangan

Kuala Lumpur – Gara-gara kecuaian seorang pemandu, sebuah keluarga nyaris terlibat dalam kemalangan selepas diserang pembuli jalanan di sebuah lebuhraya.

 

Video yang memaparkan kejadian tersebut selama 25 saat itu dimuat naik pemilik akaun Facebook, Illy Ariffin yang juga dipercayai mangsa.

 

Dalam video tersebut, terdapat seorang lelaki yang menaiki kereta jenis Proton Saga berwarna ungu menggunakan laluan kecemasan dilihat menjerit ke arah Illy sebelum menghimpit kenderaannya dan memandu dalam keadaan berbahaya.

 

Illy dalam laman sosialnya berkata, mereka sekeluarga menggunakan laluan laju sebelum kenderaan yang dipandu lelaki dipercayai berusia 50-an itu menukar laluan di hadapan mereka.

 

Menurutnya, lelaki tersebut menekan brek kecemasan beberapa kali sehingga boleh menyebabkan kemalangan.

 

“Kami memandu di lorong laju sebelum lelaki itu masuk ke laluan kami dan memandu dengan kelajuan dibawah 100 km/sejam. Kami memberikan petanda supaya di melajukan kenderaan tetapi tidak diendahkan.

 

“Dia sebaliknya memperlahankan kenderaan dan menekan brek kecemasan. Tindakannya itu boleh mengakibatkan kemalangan kerana banyak kenderaan berada di belakang,” katanya.

 

Illy berkata, walaupun sudah menjauhkan kenderaan, lelaki tersebut masih tidak puas hati dan seperti mencabar dan mahu bergaduh.

 

Katanya, selepas melihat Illy merakam kejadian itu, lelaki tersebut berlalu pergi daripada tempat kejadian.

 

Dia turut menasihatkan orang ramai untuk berhati-hati dengan pembuli jalanan.

 

Sementara itu, pengguna Facebook mencadangkan Illy untuk melaporkan kejadian tersebut kepada polis.

 

“Buat laporan polis. Pakcik itu gila. Jika dia fikir sudah lama hidup, pergi langgar pokok atau sebagainya dan jangan membahayakan orang lain,”komen Agnes Loh.

 

Norliyana Hanim berkata, tindakan lelaki itu adalah biadap dan laporkan ianya kepada polis.

 

“Jangan biarkan dia terlepas,” katanya.

 

Video tersebut dimuat naik semalam dan menjadi viral dan mendapat lebih 11,000 tanda suka dan lebih 270 kali dikongsi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.