Malaysia Perlu Utamakan Bahasa Inggeris – Nazir Razak

Kuala Lumpur – Pengerusi CIMB Group, Datuk Seri Nazir Razak menggesa supaya kerajaan Malaysia menjadikan penguasaan bahasa Inggeris sebagai keutamaan memandangkan penguasaan bahasa antarabangsa itu semakin merosot di negara ini.

 

Menerusi akaun Instagram miliknya, adik kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu menyatakan penguasaan bahasa Inggeris rakyat Malaysia kini sudah merosot dah ia merupakan suatu ‘kelebihan’ yang tidak dimiliki tenaga kerja tempatan yang ada ketika ini.

 

Bagaimanapun, katanya, penekanan terhadap bahasa Inggeris tidak bermakna bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dipinggirkan.

 

“Bahasa Inggeris ialah bahasa global dan sebagai sebuah negara, kita patut isytihar kemahiran berbahasa Inggeris sebagai keutamaan paling atas.

 

“Ia merupakan kelebihan tradisi yang semakin pantas hilang di kalangan tenaga kerja kita; kita mesti terbalikkan kemerosotan ini sekarang. (Dan tidak, ia tidak bermakna kita perlu abaikan Bahasa!),” kata Nazir.

 

Kenyataannya itu dilakukan dengan memuat naik gambar dan tajuk laporan berita mengenai rancangan pembuat kereta terkemuka dari Jepun, Honda, yang mahu menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.