Larangan ‘Couple Seat’ Untuk Pasangan Bukan Muhrim

Kuala Lumpur – Pawagam Lotus Five Star Cinemas (LFS) di Seri Iskandar di Perak mengambil insiatif melarang para pelanggannya menggunakan kerusi berkembar atau ‘couple seat’ jika mereka bukan pasangan yang muhrim.

 

Notis tersebut adalah arahan daripada pihak pengurusan pawagam atas nasihat Majlis Daerah Perak Tengah dan telah mula berkuatkuasa sejak pawagam tersebut mula beroperasi.

 

LFS merupakan satu-satunya pawagam di Daerah Perak Tengah.Bandar Seri Iskandar pesat membangun dan dipenuhi dengan golongan Generasi-Y yang menuntut di beberapa pusat pengajian tinggi sekitarnya.

 

Lazimnya, pawagam menjadi tumpuan pelajar-pelajar untuk berlibur untuk menghilangkan tekanan atau ‘stress’.

 

Pawagam LFS mempunyai 12 buah ‘couple seat’ serta tujuh bilik tayangan. – FMT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.