Kediaman Mewah Demi Moore Tercemar Dengan Insiden Bunuh

Los Angeles – Seorang lelaki berusia 21 tahun ditemui mati lemas dalam kolam renang di kediaman mewah pelakon Demi Moore di Beverly Hills pada Ahad.

 

Polis yang tiba di lokasi kejadian pada awal pagi menjumpai mangsa sedang diberikan rawatan kecemasan oleh paramedik. Mangsa dilaporkan meninggal dunia tidak lama kemudian.

 

Menurut pegawai polis, Sarjan A. Bone dari Jabatan Polis Los Angeles (LAPD), pelakon berusia 52 tahun itu tidak berada di rumah semasa insiden berlaku.

 

“Saya difahamkan mangsa merupakan salah seorang pekerja di rumah tersebut,” ujar Bone.

 

Memetik laporan portal TMZ, sumber dari pihak berkuasa mendakwa mangsa tergelincir lalu terjatuh ke dalam kolam renang ekoran tidak tahu berenang.

 

Kes masih dalam siasatan pihak berkuasa.

 

Demi Moore terkenal menerusi lakonannya dalam filem-filem popular seperti Ghost (1990) dan G.I. Jane (1997).

 

Pelakon yang berasal dari Roswell, New Mexico itu pernah dua kali mendirikan rumahtangga bersama Bruce Willis dan kemudiannya Ashton Kutcher. Demi berpisah dengan Ashton pada 2013. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.