Jangan Melampau Hina PAS! – Tuan Ibrahim

Kuala Lumpur – Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man meningatkan kepada segelintir ahli PAS yang semakin jauh meninggalkan bahtera perjuangan parti berkenaan agar tidak terlalu melampau menghina PAS.

 

Menurut beliau, disebabkan parti tersebutlah mereka yang menghina tersebut dikenali umum, diberi tempat bertanding dan memenangi pelbagai gelaran dan jawatan.

 

Jelasnya, atas nama parti itu jugalah mereka telah menjadi wakil rakyat dan menikmati elaun, gaji dan juga pencen.

 

“Jangan melampau menghina PAS kerana parti inilah membesar dan mentarbiyah sehingga kita memahami perjuangan Islam dan berjuang bersamanya.

 

“Jangan melampau menghina parti ini kerana ribuan ahli yang ikhlas berjuang tanpa mendapat kesenangan sebagaimana yang kamu kecapi,” katanya menerusi laman Facebooknya di sini.

 

Beliau berkata demikian dilihat sebagai tindak balas ke atas beberapa bekas pimpinan tertinggi PAS yang kini menyertai Gerakan Harapan Baharu (GHB) yang dikatakan menyerang parti tersebut.

 

Tambah Tuan Ibrahim lagi, PAS juga merupakan medan kepada mereka mengecapi erti ukuhwah dalam berjemaah.

 

Ujarnya, tidak wajar mereka menghina parti berkenaan hanya semata-mata kerana mereka sudah tidak berkenan kepadanya.

 

“Namun gunalah gaji, elaun dan pencenmu. Semoga setiap kali kamu menerimanya, kamu akan ingat bahawa inilah hasil jerih perit ahli parti yang kamu cerca ini berkorban bagi memenangimu.

 

“Jangan melampau membenci parti ini, kerana rakyat sedang menilai bagaimana sikap kita, dan bagaimana kesudahan hidup kita di dunia ini,” tegasnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.