Boleh Hidup Tanpa Lelaki – Rita Rudaini

Meskipun sudah empat tahun menyambut kedatangan Aidilfitri hanya bersama anak-anak, Rita Rudaini menyatakan perkara itu tidak ada beza pun ketika dia ada suami atau pun tidak kerana apa yang penting adalah dapat beraya dengan keluarga tercinta di Perlis.

 

Malahan aktres jelita ini turut menyatakan dia boleh hidup berdikari dan membesarkan anak-anaknya sendiri dan kerana itu juga dia belum terfikir untuk berkahwin lagi.

 

“Hari raya atau hari biasa, saya tidak pernah rasa sunyi. Ketika masih berkahwin dulu pun tiada apa yang istimewa. Jadi, ada suami atau tidak, situasi dan suasananya sama saja. Apabila ada anak, hati saya lebih terisi dengan mereka”

 

“Saya bukan jenis tak boleh hidup tanpa lelaki. Malah, jauh sekali pentingkan diri dan disebabkan itulah sampai sekarang saya belum terfikir untuk berkahwin lagi,” katanya seperti yang dilaporkan Harian Metro.

 

Dalam pada itu, Rita juga menyifatkan kedatangan Aidilfitri lebih kepada pengertian tentang kesederhanaan dan bukannya menunjuk lebih daripada orang lain.

 

Raya tahun ini, Rita hanya menyediakan dua pasang baju untuk dirinya manakala anak dibelikan jubah saja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.