Bai’ah Wakil Rakyat PAS, Tidak Boleh Dilanggar

Kuala Lumpur – Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menjelaskan terdapat dua jenis bai’ah dalam PAS iaitu bai’ah ahli PAS kepada parti dan juga bai’ah wakil rakyat PAS kepada parti Islam berkenaan.

 

Menurutnya, bai’ah pertama iaitu bai’ah ahli PAS bermaksud ahli memberi kesetiaan mereka kepada parti itu.

 

Jelasnya, bai’ah itu boleh ditarik balik jika seseorang ahli berhasrat keluar dari PAS kerana ia merupakan hak ahli.

 

“Bai’ah wakil rakyat PAS kepada PAS pula bermaksud calon atau wakil rakyat menerima amanah daripada PAS sebagai wakil rakyat dengan janji setia memegang amanah bersama PAS.

 

“Bai’ah ini tidak boleh dilanggar kerana mereka telah mengambil daripada PAS dan bukan memberi kepada PAS. Jika mahu langgar, hantar balik apa yang mereka ambil daripada PAS dan selepas itu, urusan mereka adalah dengan Allah.

 

“Carilah fatwa dari serata dunia untuk membenarkan perlanggaran bai’ah oleh wakil rakyat PAS dan laksanakan jika berani,” katanya menerusi Facebook miliknya di sini hari ini.

 

Sebelum ini, Ketua Pas Kawasan Rantau Panjang, Abdul Fatah Harun berkata, Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di Kelantan perlu ingat kepada sumpah ‘bai’ah talak tiga’ yang telah dilakukan.

 

Katanya, bai’ah yang diambil oleh ahli-ahli PAS yang menawarkan diri untuk bertanding pilihan raya adalah bersyarat merupakan ‘aku janji’ kesetiaan kepada parti.

 

Tegasnya, mereka perlu membuat sumpah itu sekiranya mereka ingin meninggalkan PAS dan menyertai parti baru, Gerakan Harapan Baru (GHB).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.