Anwar Kecewa Tak Dapat Salam Dengan Cucu

Kuala Lumpur – Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kecewa kerana tidak dibenarkan untuk bersalaman dengan ahli keluarganya.

 

Menurutnya, sempena hari raya Aidilfitri ini, beliau hanya dibenarkan bercakap dengan ahli keluarganya melalui telefon di sebalik tabir kaca penjara Sungai Buloh.

 

“Kesal dgn sikap Menteri Dalam Negeri yang tiada prikemanusiaan tidak membenarkan bersua, bersentuhan dan bersalaman dengan keluarga sempena raya.

 

“Terutama anak cucu yang balik dari luar negara tempoh singkat untuk beraya dengan saya,” katanya seperti yang disiarkan dalam status Facebook Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

 

Pada 21 Julai ini, genap 163 hari dipenjarakan selama lima tahun di Penjara Sungai Buloh kerana didapati bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.