Aaron Berang Kenyataan Erwin Tentang Islam

Kuala Lumpur – Ekoran tidak bersetuju dengan kenyataan pelakon baharu yang dikenali sebagai Erwin Dawson, pelakon berkaliber Aaron Aziz telah menyatakan pandangannya menerusi laman sosial Instagram.

 

 

Beberapa jam lalu, Aaron menulis sekaligus membidas pelakon senegaranya berikutan kenyatan beliau mengenai Islam.

 

Tegas, kenyataan yang dibuat oleh Erwin itu kurang matang dan boleh mendatangkan pelbagai persepsi negatif terhadap umat Islam di Singapura.

 

“Sebagai seorang yang lebih ‘senior’ saya menasihatkan kepada awak supaya lebih berhati-hati sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan kepada pihak media.

 

“Kenyataan yang dibuat boleh membuatkan orang ramai lebih menyampah dengan artis Singapura, sekali gus membuatkan orang ramai bergaduh, mencaci dan mengutuk sesama sendiri di laman sosial,” tulis Aaron.

 

Erwin menerusi sebuah portal tempatan menyatakan beliau boleh mengamalkan ajaran Islam secara bebas di Malaysia berbanding di negara asalnya.

 

Bagaimanapun selang beberapa minit kemudian, pelakon yang mula membina nama di Malaysia menerusi drama bersiri Dunia Generasi Baru dan Bencinta itu pula memuat naik kenyataan balas, yang menganggap cara Aaron menegurnya sebagai kurang sesuai.

 

“Anda lebih ‘senior’ dan seharusnya lebih tahu cara baik untuk menegur saya. Bukan dengan cara memuat naik di laman sosial yang boleh mendatangkan banyak masalah.

 

“Namun, jika saya salah, maafkan saya kerana sebagai pendatang baharu. Lebih banyak yang perlu saya belajar,” tulis Erwin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.