Video : Pasukan Malaysia Solat Hajat Mohon Dipermudah Masuk Kawasan Nahas

Pasukan siasatan khas Malaysia mengadakan solat hajat bagi memperoleh laluan mudah untuk memasuki kawasan pesawat MH17 terhempas di timur Ukraine.

Solat diketuai Imam Besar Masjid Putrajaya, Abdul Manaf Mat selepas berbuka puasa semalam.

Pasukan itu yang terdiri daripada 130 anggota daripada pelbagai agensi kerajaan termasuk Majlis Keselamatan Negara, Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia, Kementerian Kesihatan, Unit Forensik Polis Diraja Malaysia, pihak tentera dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia tiba di Kiev pada Sabtu.

Sehingga hari ini, usaha mereka untuk memasuki kawasan nahas menerusi usaha rundingan antara kerajaan Ukraine dan pemberontak pro-Rusia masih belum berhasil.

Tekanan antarabangsa semakin memuncak bagi mendesak puak pemberontak memberi laluan kepada pasukan siastan antarabangsa termasuk dari Malaysia untuk melakukan siasatan dan segera membawa keluar mayat penumpang dan anak kapal pesawat Malaysia Airlines (MAS) malang itu.

Pesawat Boeing 777 tersebut dalam penerbangan dari Amsterdam menuju Kuala Lumpur apabila ia terhempas di Donetsk, timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia pada Khamis.

Ia membawa 298 termasuk 15 anak kapal.

Media asing melaporkan pesawat ditembak namun sehingga kini tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.