US Dakwa Ada Bukti Jelas, Russia Terlibat Dalam Kejadian Tembak Jatuh MH17

Setiausaha Negara Amerika Syarikat, John Kerry menegaskan semalam apa yang menurutnya bukti jelas penglibatan Rusia dalam kejadian menembak jatuh pesawat MH17 di timur Ukraine.

Walaupun tidak menyalahkan Moscow secara terang-terang, Kerry mengemukakan tuduhan AS yang paling terperinci setakat ini, berdasarkan penilaian perisikan terbaru AS, bahawa Rusia membekalkan kepada pemberontak pro-Moscow sistem anti-pesawat yang canggih yang digunakan untuk menembak jatuh MH17.

Nahas itu membunuh semua 298 orang di atas pesawat itu.

Moscow menafikan sebarang penglibatan dan menuduh tentera Ukraine bertanggungjawab terhadap kejadian itu.

Berikut adalah perkara utama dalam penilaian perisikan AS yang disiarkan pada hujung minggu di laman web Kedutaan AS di Kiev

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.