Slogan ‘Matilah Israel’ di Jordan

Amman – Beratus-ratus penunjuk perasaan Jordan membakar bendera Israel pada Ahad di samping menggesa Hamas memperhebatkan serangan roket terhadap bandar Israel bagi membalas kematian orang awam yang dilakukan tentera Zionis itu.

Penunjuk perasaan melaungkan slogan ‘Matilah Israel’ berdekatan kedutaan Israel di Rabia, Amman.

Reuters melaporkan ia adalah tunjuk perasaan terbesar yang mempamerkan kemarahan memuncak terhadap Israel sejak beberapa tahun lalu.

Beratus-ratus masjid di Jordan juga mengadakan solat untuk mereka yang terkorban, dan penunjuk perasaan melaungkan slogan bagi menyokong perjuangan jihad Hamas.

“O…Hamas…Roket anda mmebuatkan kami berani…serang lagi dan lagi terhadap Ashkelon dan Tel Aviv,” laung sekumpulan remaja yang marah serta membawa bendera Palestin.

“O Hamas, anda adalah senjata dan kami peluru anda,” laung sekumpulan remaja berjambang yang memakai lilitan hijau di kepala yang lazimnya dipakai oleh Briged al-Qassam, sayap bersenjata Hamas.

Sebahagian besar daripada tujuh juta warga Jordan adalah daripada keturunan Palestin, di mana mereka atau ibu bapa mereka disingkir atau melarikan diri ke Jordan dalam pertempuran yang menjurus kepada pembentukan Israel pada 1948.

Hamas juga mempunyai pengikut ramai dalam kalangan hampir dua juta pelarian Palestin yang berdaftar dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.