Serangan Awal Pagi Israel Ragut Lima Nyawa Lagi, Jumlah Korban Kini 350 Orang

Gaza – Serangan terbaru rejim ke bumi Gaza pada awal Ahad waktu tempatan meragut lima lagi nyawa penduduk Palestin, lapor pegawal perubatan, menjadikan angka korban kini meningkat kepada 350 nyawa.

Operasi yang masuk hari ke-13 itu menyaksikan mangsa pertama membabitkan lelaki berusia 56 tahun yang dikenali sebagai Hosni al-Absi yang maut selepas terkena bedilan meriam di Rafah.

Sejurus kemudian, dalam satu serangan udara di Rafah, tiga lagi remaja lelaki Palestin terbunuh, kesemua mereka adalah sekeluarga.

Serangan turut mencederakan 10 yang lain.

Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza dalam satu kenyataan berkata tentera rejim sengaja mensasarkan ambulans yang sedang membawa mereka yang cedera akibat bedilan rejim di Israel.

Sekurang-kurangnya seorangnya maut dalam insiden itu.

Sementara itu pihak Israel mendakwa lima maut di pihak rejim dengan dua darinya orang awam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.