Selain Azizah, Azmin Turut Disebut Ganti Khalid Sebagai MB Selangor

Shah Alam – PKR sudah bersedia untuk menerima apa sahaja implikasi jika PKR kehilangan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor, tegas Ahli Parlimen Kuala Langat Abdullah Sani Abdul Hamid.

Beliau berkata demikian mengulas Analisis Mingguan Bisik-Bisik Awang Selamat terbitan Utusan malaysia hari ini yang berkata PKR akan berdepan dengan masalah besar jika kehilangan tokoh koporat itu.

Analisis bertajuk ‘Teruskan Tan Sri’ mendakwa PKR akan merasai kesan yang teruk jika Khalid tidak lagi berada dalam kepimpinan Selangor jika dibandingkan dengan ketiadaan Ketua Umum parti itu Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Itu komen dan pandangannya (Awang Selamat) bukan mewakili rakyat Selangor.

“Tidak ada masalah, parti kita bersedia untuk berdepan dengan semua kemungkinan-kemungkinan yang berlaku,” katanya.

Abdullah adalah pemimpin PKR yang lantang menuntut Khalid digugurkan daripada kerusi Mneteri Besar Selangor.

Ia berpaksi kepada sikap Khalid itu sendiri yang seringkali membelakangkan parti dalam menguruskan negeri itu.

Khalid akhir-akhir ini menjadi sasaran kritikan banyak pihak apabila dilihat gagal menyelesaikan beberapa isu sensitif melibatkan kepentingan rakyat Selangor.

Bagaimanapun, kecekapannya dalam menerajui ekonomi negeri itu tidak dapat dipertikaikan.

Khalid, beliau dilihat lebih menggunakan kepakarannya dalam bidang korporat untuk mentadbir urus Selangor berbanding aspek ‘imbangan politik’.

Justeru, pemerhati politik melihat pengguguran Khalid akan memberi kesan kepada PKR sementelah Khalid sebelum ini berjaya buktikan kebolehannya apabila Selangor berjaya mengumpul rizab hampir RM3 bilion.

Selain mencuit pemimpin anti Khalid, Awang Selamat juga mendakwa Ketua Umum PKR, Datuk Seri Awnar Ibrahim kini ‘hilang taring’ dalam isu penggguguran Khalid.

Dakwaan Awang Selamat itu pantas ditepis Abdullah.

“Itu tidak betul, itu tidak benar. Parti kita cukup unik kerana memberi kebebasan suara kepada semua pihak,” tambah beliau.

Beliau turut menempelak ruangan Utusan Malaysia itu yang disifatkannya sebagai penulis yang menggunakan pendekatan menjatuhkan parti lain demi kelangsungan parti yang disokongnya iaitu Umno Barisan Nasional (BN).

“Awang Selamat tidak layak nak bercakap pasal parti lain, dia patut jaga parti Umno yang masalahnya lebih besar.

“Awang Selamat ni memang dari dulu kita kenal, hanya taksub kepada Umno jadi tidak payah nak perlekehkan parti lain,” ujarnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Anwar dikatakan cuba ‘melobi’ isterinya yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

Menurut sumber bukan hanya nama Azizah yang dicadangkan sebaliknya nama timbalan presidennya, Azmin Ali turut disebut.

Bagaimanapun keputusan berhubunga dua nama itu hanya akan diketahui minggu hadapan pada mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat.

Biarpun semua pihak bertelagah mengenai kerusi itu, Khalid buat kesekian kalinya menegaskan akan terus menerajui Selangor hingga Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.