MH17 : Hattan Terkilan, Kehilangan 2 Ahli Keluarga Sangat Tragis

Tiada apa yang dapat kita lakukan selain memanjatkan doa ke atas roh mangsa nahas kapal terbang MAS MH17 yang terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai lalu dan berharap agar keluarga mereka tabah dalam menghadapi saat-saat sukar sebegini.

Tragedi pahit ini turut memberi kesan kepada Datuk Hattan apabila mendapat tahu bahawa enam ahli keluarganya antara mangsa nahas itu.

“Ketika insiden MH370, saya menemani dan memberi kata semangat kepada isteri yang kehilangan ramai rakannya dalam pesawat itu. Kini, dalam sekelip mata saja saya pula kehilangan dua ahli keluarga sekaligus, termasuk suami dan tiga anak mereka yang menaiki pesawat MH17 itu.

Walaupun jarang bertemu akibat kesibukan masing-masing, kami tetap ada pertalian dan mempunyai memori, terutama ketika berkumpul pada hari raya.

Paling terkilan cara pemergian mereka sangat tragis tanpa ada sebarang tanda atau petunjuk”

Hattan kehilangan sepupunya, Dora Shahila Kassim yang juga seorang ketua pramugari MH17 dan juga saudara terdekatnya, Sherliza Zaini bersama suami warganegara Belanda serta tiga anak mereka “, katanya.

Apapun, marilah kita sama-sama berdoa agar urusan membawa pulang jenazah kembali ke Malaysia dipermudahkan dan dapat disemadikan dengan sempurna. Semoga pihak yang bertanggungjawab atas tragedi ini dapat dibawa ke muka pengadilan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.