Kekasih Bukan Isteri Orang : Zul Huzaimy Tutup Mulut

Sejak membuat kenyataan bahawa kekasihnya bukan isteri orang seperti yang digembar-gemburkan sekitar April lalu, nama pelakon ini agak kurang diperkatakan. Tambahan Zul Huzaimy memang jarang muncul di acara-acara hiburan tempatan.

Namun semalam, MD berkesempatan bertemu dengan pelakon dan pengarah berkaliber ini di Pelancaran Ini Baru Raya RTM dan Majlis Berbuka Puasa yang diadakan di Menara KL.

Selain bertanyakan tentang perkembangan karier, sempat juga ditanya kepada Zul tentang perkembangan hubungan percintaannya.

Menurutnya, kontroversi yang mendakwa buah hatinya itu adalah isteri orang sikit pun tidak menjejaskan hubungan mereka. Malah hubungan mereka bertambah baik. Zul bagaimanapun enggan bercerita lanjut mengenai teman wanitanya itu kerana bimbang kenyataannya disalah erti olehh segelintir pihak.

“Hubungan kami okay. Saya tak mahu lah bercerita lebih. Kalau saya buka mulut, takut disalah tafsir pula.

“Nanti bila saya sudah sedia, saya akan kongsikan.. Sekarang ni saya belum ada apa-apa nak cakap lagi”, katanya ringkas.

Namun Zul memberitahu raya Aidilfitri ini dia cuba untuk mencari masa beraya ke rumah kekasihnya yang dipanggilnya dengan panggilan “sayang” itu.

Sementara mengenai perkembangan karier, Zul kini sedang sibuk mengarahkan drama bersiri 26 pisod berjudul ‘Kerambit’. Dalam masa yang sama dia juga merupakan salah seorang pelakon untuk drama aksi yang akan disiarkan di saluran RTM itu.

“Saya sedang mengarah drama episod, ala–ala Gerak Khas tapi yang ini tentang bekas komando. Drama ni terbitan Suhan Movies. Saya pun turut berlakon dalam drama ni”, katanya.

Ditanya mengenai cabaran menjalani penggambaran di bulan Ramadan, kata Zul, ia tidak menjadi masalah besar baginya dan kru produksi untuk meneruskan penggambaran kerana kebanyakan babak aksi dilakukan di waktu malam.

Selain itu, Zul juga bakal menjalani penggambaran dokumentari tentang tokoh-tokoh seniman negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.