Dua Warga AS Terbunuh Di Gaza

Gaza – Dua warga Amerika Syarikat yang menganggotai barisan ketenteraan Israel secara sukarela, antara yang terbunuh dalam serangan balas pihak Hamas, pada Ahad.

NBC News melaporkan perkara berkenaan disahkan oleh Jabatan Negeri.

Dalam satu kenyataan, jurucakap jabatan Jen Psaki berkata pihaknya mengenalpasti identiti mereka yang terkorban iaitu Max Steinberg, 24, dan rakannya, Sean Carmeli, 21, namun tidak ada maklumat lanjut didedahkan.

Sementara itu, tentera Israel mengesahkan 13 lagi askarnya terbunuh semalam, kehilangan jiwa paling besar dalam tempoh sehari pertempuran di Gaza sejak beberapa tahun.

Kematian askar Israel adalah hasil tindakan berani pejuang Hamas yang melancarkan serang hendap dan meletupkan kereta kebal Zionis di dalam wilayah Gaza.

Tentera Israel yang disokong kereta kebal dan pesawat tempur, mengebom sebuah kejiranan berpenduduk padat di Gaza, Shejaiya menyebabkan sekurang-kurangnya 87 orang terkorban manakala angka kematian meningkat 425.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.