Bergambar Dengan Anjing, Peminat Selar Johan Asari Tidak Sensitif

Minggu lalu, nama pelakon Johan As’ari kembali dihambat kontroversi apabila dia memuat naik sekeping foto bersama seekor anjing. Melihat pada gambar tersebut, anjing itu seperti seekor anjing penyiasat sementara Johan pula dalam keadaan berpakaian seragam askar.

Difahamkan foto tersebut diambil ketika penggambaran filem ‘Kanang Anak Langkau’ yang dilakonkan oleh Johan.

Justeru ada diantara peminatnya yang mempersoalkan tindakan Johan dan mendakwa pelakon itu tidak sensitif. Malah laman Instagram milik Johan seolah-olah menjadi medan perdebatan pula. Ada yang setuju dan ada juga yang tidak bersetuju.

Kalau pun ada babak yang menuntut Johan berlakon bersama anjing itu, MD percaya Johan pasti tahu akan batas dan hukum agama. Memandangkan Johan juga dikenali sebagai antara pelakon yang tidak cetek ilmu agama.

Tentunya foto itu uga salah satu cara Johan yang secara tidak langsung hanyalah semata-mata mahu mempromosikan filem tersebut. Sama-sama kita nantikan saja tayangan filem yang disebut-sebut sebagai satu lagi filem biografi hebat ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.