Azwan Ali Ke Mekah Lagi

Kuala Lumpur – Selebriti terkenal tanah air, Azwan Ali akan menyambut Hari Raya Aidilfitri di tanah suci Mekah tahun ini.

Dia akan berangkat ke tanah suci untuk menunaikan Umrah buat kali ketujuh pada Isnin.

Berita itu dikongsi Azwan menerusi laman sosial, Instagram miliknya bermula hari ini (21 Julai) sehingga 2 Ogos nanti.

“Bersedia mencari keredhaanNya. Umrah ketujuh. 21 Julai hingga 2 Ogos. Amin.

“KLIA, bersedia untuk berangkat. Doakan selamat sampai. Amin,” tulisnya.

Beberapa hari kebelakangan ini Azwan sering berkongsi gambar ketika dia mengerjakan umrah sebelum ini.

Malah, dia sempat berkongsi juadah sambal tumis ikan bilis petai untuk dibawa ke kota suci itu.

Sambal tumis ikan bilis berpetai untuk dibawa ke Umrah esok,” tulisnya.

Pemergian Azwan ke tanah suci disambut baik oleh peminatnya yang menyifatkan dia seorang insan yang bertuah kerana dapat merasa nikmat mengerjakan Umrah buat kali ketujuh.

Mereka mendoakan semoga ibadahnya diterima Allah SWT.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.