Askar Israel, Shaul Aron Ditahan Briged al-Qassam

Baitulmaqdis – Seramai 13 anggota tentera Israel terbunuh dalam pertempuran dengan pergerakan Hamas di Gaza ketika melakukan serangan darat, pada Ahad.

Jurucakap tentera berkata, setakat ini angka kematian anggota tenteranya di Gaza adalah seramai 18 orang.

IMEMC News melaporkan sayap bersenjata Hamas, Briged al-Qassam mendakwa mereka berjaya menahan seorang askar Israel yang dikenali sebagai Shaul Aron, 21.

Perkembangan ini menggembirakan penduduk Gaza yang meraikannya di jalan raya di bandar raya ini serta bandar raya lain di Tebing Barat.

“Askar Israel, Shaul Aron kini berada dalam tangan Briged al-Qassam,” kata jurucakapnya melalui televisyen.

Sementara itu, sekurang-kurangnya 425 orang penduduk Palestin terkorban dalam serangan Israel yang sudah berlarutan selama dua minggu dengan menyaksikan lebih 3,000 orang cedera.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.