KJ Geram PAS Masih Jumud Bangkitkan Isu Pakaian Jururawat Wanita

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Teguran etika pemakaian jururawat wanita fasiliti kesihatan awam oleh ahli Parlimen PAS Kuantan, Wan Razali Wan Nor bukanlah isu yang wajar dibangkitkan dalam perbahasan Kertas Putih Kesihatan di Dewan Rakyat.

Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengkritik sikap wakil rakyat PAS yang masih memainkan isu stereotaip sedangkan Kertas Putih Kesihatan adalah perbincangan serius membabitkan masa depan sistem kesihatan negara.

“Ahli Parlimen Kuantan, Wan Razali Wan Nor bangkitkan isu pemakaian jururawat wanita di klinik dan hospital kerajaan yang didakwa berpakaian ketat hingga menampakkan bentuk badan dan ianya tidak patuh syariah.

“Saya sebagai menteri yang telah memulakan Kertas Putih Kesihatan untuk dibawa di Dewan Rakyat kerana kita nak bincangkan isu serius soal sistem kesihatan kita yang tak cukup pelaburan, tak cukup pakar, doktor, tak cukup jururawat.

“Kenapa perlu disebutkan isu ini? Ini bukan isu,” bidas Khairy dalam podcast Keluar Sekejap yang disiarkan pada Rabu.

Kata beliau, “paling geram kenyataan ini (Wan Razali) mengesahkan stereotaip PAS, itu masalah dia. Kita dah lama cakap kalau PAS serius nak dilihat sebagai parti yang moden walaupun parti Islam, kita tahu yang nak menegakkan syariat Islam ok kita hormat”.

“Tapi perkara macam ini tak payahlah, ini akan mengesahkan stereotaip bahawa PAS tak ada isu lain.

“PAS kembali gambarkan mereka parti konservatif, PAS bangkitkan isu kurang penting yang jumud,” bidas Khairy lagi.

Menurut beliau, usaha PAS beberapa tahun mutakhir ini untuk jadi parti inkslusif dengan menampilkan pemimpin profesional terpadam begitu sahaja.

“Ia hanya perlukan satu kenyataan dia padamkan wajah profesional yang cuba dipaparkan PAS,” katanya.

Baru-baru ini, etika berpakaian jururawat wanita di kebanyakan fasiliti kesihatan awam di negara ini disifatkan tidak patuh syariah.

Justeru Wan Razali Wan Nor (PN-Kuantan) menggesa kerajaan melihat semula etika berkenaan supaya golongan itu diberi pilihan untuk memilih pakaian yang lebih sesuai.

“Saya ingin membangkitkan etika pemakaian jururawat wanita yang kebanyakannya berpakaian ketat dan menampakkan bentuk badan. Ia tidak patuh syariah.

“Adakah kita masih berterusan mahu mengikut acuan barat dalam etika pemakaian. Adakah ia tidak boleh diubah dan diberi kelonggaran,” katanya ketika sesi perbahasan Kertas Putih Kesihatan di Dewan Rakyat.

Dalam pada itu, Wan Razali meminta kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil contoh beberapa hospital lain yang membenarkan kakitangan wanita mereka mengenakan pakaian yang lebih sesuai seiring ajaran Islam.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat