Video: Bapa Hero Selamatkan Anak Dalam Kereta Lumba Yang Terbakar

Seorang bapa sanggup melakukan apa sahaja demi anak mereka – termasuk merisikokan diri mereka berdepan dengan bahaya demi memastikan keselamatan anak-anak.

Tatkala seluruh dunia masih meraikan Hari Bapa sempena menghargai pengorbanan bapa masing-masing, seorang lelaki menjadi hero selepas menyelamatkan anaknya yang tersepit di dalam kereta yang terbakar pada perlumbaan di South Boston Speedway, Virginia.

Memetik Mail Online, Mike Jones terlibat dengan kemalangan di trek apabila keretanya hilang kawalan selepas bertembung dengan pemandu lain sebelum kenderaan dipandunya itu melanggar pembahagi dan terbakar.

Melihat kejadian mencemaskan itu, bapa Mike, Dean Jones yang hanya memakai seluar pendek dan baju T-shirt dengan pantas meluru masuk ke kawasan trek dan menarik anaknya keluar dari kereta yang sedang terbakar itu.

Semasa kejadian, Mike tersepit kira-kira 15 saat di dalam keretanya sementara api sedang marak di bahagian bonet.

Bapa Mike melompat pagar dari kawasan luar trek dan berjaya menarik anaknya keluar dari tingkap selepas pelumba itu menghabiskan masa kira-kira 25 saat bergelut untuk keluar dari kenderaannya.

Selepas berjaya menyelamatkan anaknya, si bapa yang berani itu kembali semula untuk membantu kakitangan keselamatan trek memadamkan api.

Ketika Mike terselamat dalam kecelakaan itu, bapanya bagaimanapun berpotensi berdepan dengan hukuman dari NASCAR kerana tindakan meluru masuk ke kawasan trek dan memadamkan kebakaran, lapor Mail Online.

Acara tersebut dimenangi oleh pelumba Washington State, Jessica Dana selepas memenangi 25 pusingan pada perlumbaan Limited Sportsman Division. – mD

2 thoughts on “Video: Bapa Hero Selamatkan Anak Dalam Kereta Lumba Yang Terbakar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.