Pemimpin Dinamik, Berwawasan Mampu Tarik Kembali Sokongan – Nazir Hussin

KUALA LUMPUR – Ketua yang bersifat dinamik dan berwawasan serta mampu menarik kembali sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) diperlukan untuk mengetuai UMNO.

Calon Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Nazir Hussin Aktar Hussin berkata, kepemimpinan tersebut diperlukan dalam pemilihan UMNO kali ini kerana kegagalan parti menambat hati rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“UMNO 2018 – 2021 amat perlukan dan dahagakan kepemimpinan yang lebih dinamik dan berwawasan serta mampu menarik kembali sokongan rakyat terhadap kepemimpinan BN yang diketuai oleh UMNO.

“Maka, saya berharap seluruh ahli UMNO yang menyayangi parti keramat ini untuk terus mempertahankan parti ini demi untuk merampas kembali tampuk pemerintahan,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.